Monday, September 15, 2008

Artikel Kosmo 15 Sep 2008

STAILO
Cerita beras Noni
Oleh NORHAFIZAH ABD RANIrencana@kosmo.com.my
JIKA dalam keadaan tertekan, dia memilih sama ada untuk ketawa atau menangis sepuas hati. Menurutnya, dengan cara ini jiwanya rasa sedikit tenang kerana dapat melepaskan segala rasa sedih dan marah yang terbuku di hati.
Itulah yang diamalkan oleh Nonny Nadirah Zainudin.
Gadis manis yang berusia 19 tahun yang bakatnya digilap menerusi program realiti Akademi Fantasia musim kelima ini, semakin bersinar bintangnya.
Lebih dikenali sebagai Noni, anak kacukan Cina dan Filipina bangsa Sino Kadazan ini semakin bersinar bakatnya menerusi drama keagamaan bersiri Café; Akhill Hayy.
Anak kepada pasangan Zainuddin Abdullah dan Sarimah Matanio yang turut terlibat dalam Program Marhaban di Astro ini hakikatnya seorang yang peramah dan mudah didekati.
Apakah rahsia amalan kecantikan Noni? Ikuti lima jawapan berikut daripada beliau. Kosmo!: Noni boleh dikategorikan seorang yang memiliki bentuk badan yang langsing. Ada amalkan apa-apa?
NONI: Noni sebenarnya tiada masa untuk pergi bersenam. Noni tidak mempunyai senaman yang khusus bagi mengekalkan bentuk badan sekarang. Cuma Noni minat menari.
Sejak kecil lagi Noni suka menari pelbagai jenis tarian. Jika tidak ke kelas tarian, Noni akan ke kedai membeli cakera padat khusus untuk tarian. Noni akan mengikut sahaja tarian tersebut sendiri di rumah. Bagi Noni menari juga merupakan senaman dan salah satu aktiviti yang mengeluarkan peluh.
Perkara yang paling dibimbangi tentang kesihatan atau kecantikan?
Jika saya diserang gastrik dan langsung tidak boleh bangun serta berbuat apa-apa. Noni juga bimbang jika berat badan bertambah atau kurang. Lebih risau lagi kerana tabiat buruk Noni yang suka kunyah beras mentah bagi kesan pada perut. Noni juga tidak mahu kelihatan terlalu gemuk dan terlalu kurus supaya Noni tampil dengan lebih selesa. Selain itu Noni takut jika wajah berjerawat. Jerawat merupakan sesuatu yang sensitif. Sebab itu Noni tidak mahu menggunakan pelbagai produk kerana takut akan kesan buruknya.
Noni sentiasa sibuk yang boleh mengundang tekanan. Bagaimana berdepan dengan situasi tersebut?
Ketika marah dan rasa tertekan saya akan ketawa, selepas itu saya akan menangis sepuasnya. Itulah cara Noni melepaskan apa yang terbuku di hati dan rasa marah. Walaupun Noni seorang yang ceria tetapi hati Noni mudah tersentuh dan sensitif.
Apakah rahsia kulit Noni?
Noni tidak mengamalkan apa-apa cuma mengikut apa petua yang diajar oleh ibu. Noni menggunakan beras sahaja. Beras tersebut hendaklah direndam semalaman dan dijemur hingga kering. Kemudian ditumbuk hingga halus.
Beras tumbuk ini Noni amalkan sejak dulu lagi bagi membersihkan kulit muka di samping menegangkan.
Gemar aktiviti lasak?
Saya suka sukan berbasikal dan berlumba go-kart kerana kedua-dua sukan ini memerlukan daya penumpuan yang baik di samping menyihatkan badan.
credit : kosmo

4 comments:

Unknown said...

kecantikan kulit noni mmg tak leh nafikan la....nora lagi suka tgk muke noni without make-up..sgt cantik oke...hehehehehhe

Hudd Pique Lovato said...

mane tak dpt gastrik..asyik nak mkn tOmyam je hari2..
nipis kulit perut tuh..
tp kulit nOni mmg bersih beb! hehe..

Anonymous said...

Noni dah 6 bulan pantang makan tomyam la huds ahak ahak

Anonymous said...

kulit nony mmg lawa!!! comeyy jea! =)