Thursday, March 1, 2012

JOM UNDI NONNY FOR CALON HOTS SEAT MANIA!!@ASTRO


Salam semua! Terima Kasih buat semua yg telah mengundi Noni bagi calon Peserta Hot Seats MANIA!!! Rancangan baru "Mania Astro: akan dtg di ASTRO RIA pada 17 Mac, bg yg belum anda blh masuk dan like page Mania Astro dan link undian HOT SEATS dan click like pada nama NONI! TQ! Thanks guys Love !! Peace Muah!! ♥♥♥

Monday, February 13, 2012

Nonny@Drama Bibik Tv1 Setiap Isnin 2.05pm


Nama Drama: Bibik [13 episod]
Pelakon : Daniel Syazriq, Amira Ayuni, Norman Hakim, Nonny Nadirah, Jessie Lim, Kathy Fauziah dan Kalpana Devi
Masa Siaran : Setiap Isnin , Jam 2.05 Petang di TV1
Tarikh Mula Siaran : 16 Januari 2012

SINOPSIS DRAMA BIBIK
Kisah Bibik bermula apabila pembantu rumah Hisham yang keenam melarikan diri dan keadaan menjadi kelam-kabut. Meskipun menyedari segalanya berpunca daripada karenah yang ditimbulkan oleh anak-anak dan ibunya, Rogayah namun dia tidak dapat berbuat apa-apa.
Ketika itu, Rogayah menerima panggilan yang memintanya pulang ke kampung segera. Dia lalu menawarkan pekerjaan kepada seorang pekerja Spa dengan memberi dua kali ganda dari gajinya sekarang. Sheila dengan berat hati terpaksa menerima kerana tawaran lumayan yang berikan Rogayah.
Pada mulanya anak-anak Hisham membuli Sheila kerana mereka inginkannya berhenti kerja. Tetapi kerana Sheila perlukan duit, dia terpaksa bersabar. Sementara pemandu peribadi Hisham, Calvin juga tertarik dengan kecantikkan Sheila.Setelah pulang dari kampung, Rogayah terkejut apabila dia mendapat tahuSheila tidak pandai masak dan mengemas rumah. Dia tidak boleh membuat apa-apa kerana mereka terpaksa menunggu beberapa bulan untuk mendapat pembantu rumah. Rogayah terpaksa mengajar Sheila bagaimana menguruskan rumahnya.
Lama kelamaan Sheila dapat menyesuaikan diri dengan keluarga Hisham walau pun terpaksa menghadapi kerenah anak-anak Hisham iaitu Amelia dan juga Aqil yang nakal. Sementara itu Hisham yang kematian isteri itu selalu dipaksa oleh Rogayah supaya segera berkahwin lagi kerana telah lama menduda. Namun Hisham selalu memberi alasan yang dia belum bertemu lagi jodoh yang sesuai.
Walau pun anak-anak Hisham pada mulanya tidak dapat menerima akan kehadiran pembantu rumah yang baru, tetapi dengan kesabaran dan juga kebaikan yang dimiliki oleh Sheila lama kelamaan Amelia dan Aqil merasa selesa dengan kehadiran Sheila kerana cara dia menasihat dan menekankan disiplin kepada mereka Sementara itu Hisham pula sedikit demi sedikit ada menaruh hati terhadap pembantu rumahnya, Shiela. Namun bagaimanakah kesudahannya? Saksikan 13 episod drama bersiri Bibik ini hanya di TV1.

Saturday, May 1, 2010

Sudah 3 tahun Nonny Tunggu Pesona


Kuala Lumpur, 17 April 2010: Bertempat di Studio CafĂ© Wangsa Maju, pada hari Khamis lalu, penantian Nonny Nadirah, 20, selama tiga tahun akhirnya menjadi kenyataan. Single pertama bintang Akademi Fantasia musim yang kelima ini telah dilancarkan dan diperdengarkan kepada pihak media serta sekumpulan peminat setianya yang turut hadir. "Nonny rasa sungguh bertuah kerana setelah sekian lama, cita-cita Nonny untuk menyampaikan lagu sendiri bukan lagi satu mimpi. "Sejak keluar dari AF lagi Nonny memang mengharapkan ada buah tangan untuk Nonny hadiahkan kepada peminat yang tidak pernah jemu menyokong perjalanan karier Nonny, tetapi penantian itu tidak kesampaian hinggalah sekarang," jelas Nonny penuh bermakna. Kehadiran single sulungnya bertajuk ’Pesona’ menyuntik semangat baru untuk Nonny yang sebelum ini lebih banyak menumpukan perhatian di bidang lakonan. Menurut beliau lagi, menunggu begini lama memang menyeksakan tetapi beliau turut mempergunakan masa yang ada untuk memperbaiki nyanyian dengan mengikuti kelas nyanyian. Jelas beliau lagi, nasibnya juga agak baik kerana masih ramai yang mempercayai keupayaan beliau dalam bidang nyanyian apabila dia banyak menerima permintaan untuk membuat persembahan terutamanya di Sabah & Semenanjung juga "Pihak Astro juga memberikan kepercayaan kepada Nonny untuk terlibat sama dalam persembahan Gempak Selebriti Astro dan juga Gempak Desa Astro. Dari situ juga Nonny dapat mengutip pengalaman membuat persembahan di hadapan penonton," katanya. Terbukti persembahan beliau sungguh mantap apabila menyampaikan single terbarunya secara ’live’ di hadapan pihak media pada petang itu. Lagu ’Pesona’ berentak pop moden ini adalah hasil ciptaan Damian dan liriknya pula ditulis oleh Lew Mable. Ditemui portal Murai.com.my selepas selesai majlis pra-dengar single sulungnya itu, Nonny juga mengakui sangat gembira kerana perjalanan kariernya sejak enam bulan yang lalu lebih terurus apabila dia kini berada di bawah naungan F-tersix Records. "Nonny rasa perjalanan seni Nonny lebih terancang dengan adanya pihak pengurusan. Selepas syarikat pengurusan lama ditutup, Nonny lebih banyak bergerak secara sendiri dengan bantuan beberapa orang peminat yang juga merupakan kakak angkat Nonny di Kuala Lumpur," jelas penyanyi yang berasal dari Sabah ini. Beliau juga berharap agar tahun ini menjadi tahun permulaan yang lebih baik untuk kariernya di bidang seni. Ditanya mengenai perkembangan terbaru selain daripada single beliau, menurut Nonny lagi, dia telah mendapat tawaran untuk berlakon di dalam sebuah filem seram. "Ini merupakan filem pertama lakonan Nonny dan InsyaAllah jika tidak ada aral melintang, penggambarannya akan dimulakan pada bulan Mei nanti," jelas Nonny mengakhiri perbualan.
sumber : murai.com

Friday, April 16, 2010

Nonny@Pelancaran Single "PESONA"



Nonny di Majlis Pelancaran Single Pertama "PESONA" di Studio Cafe, 15hb April 2010

Single Pesona dari komposer Damien & Lirik oleh Lew Mable

Muatturun Nada Dering Pemanggil “Pesona”

Maxis – Dail *131*152659# tekan “CALL/SEND”
Digi – Sms CT 0077001 hantar ke 2000
Celcom – Sms CMT 71068 hantar ke 22990... See More
Umobile – Sms CT 195957 hantar ke 28118


Request pesona di Suria, Era Fm, Hot Fm & XFM

Suria fm. Suria (nama) (tempat) pesona nonny nadirah. (lagu 2) send ke 33988

Menu Muzik Hot FM: HM Pesona, [lagu2], [lagu3] – hantar ke 33399

Hot FM Korner: HK pesona, [lagu ke dua] hantar ke 33399

Pilihanmu Di ERA: ERAPDE Pesona, [lagu2] – hantar ke 32555



Exclusive for all my fans out there! ♥ Nonny's single titled 'PESONA' are available at RM10 per purchase(NOT included postage charge for fans from Brunei, Sabah, Sarawak, Singapore...) Those interested please email at: adminnonnyfc@gmail.com OR sms or call 0125631964 (ekah) or 017-3942655(liza) So grab it NOW! Peace Muaahhhh! ♥ ♥