Monday, February 13, 2012

Nonny@Drama Bibik Tv1 Setiap Isnin 2.05pm


Nama Drama: Bibik [13 episod]
Pelakon : Daniel Syazriq, Amira Ayuni, Norman Hakim, Nonny Nadirah, Jessie Lim, Kathy Fauziah dan Kalpana Devi
Masa Siaran : Setiap Isnin , Jam 2.05 Petang di TV1
Tarikh Mula Siaran : 16 Januari 2012

SINOPSIS DRAMA BIBIK
Kisah Bibik bermula apabila pembantu rumah Hisham yang keenam melarikan diri dan keadaan menjadi kelam-kabut. Meskipun menyedari segalanya berpunca daripada karenah yang ditimbulkan oleh anak-anak dan ibunya, Rogayah namun dia tidak dapat berbuat apa-apa.
Ketika itu, Rogayah menerima panggilan yang memintanya pulang ke kampung segera. Dia lalu menawarkan pekerjaan kepada seorang pekerja Spa dengan memberi dua kali ganda dari gajinya sekarang. Sheila dengan berat hati terpaksa menerima kerana tawaran lumayan yang berikan Rogayah.
Pada mulanya anak-anak Hisham membuli Sheila kerana mereka inginkannya berhenti kerja. Tetapi kerana Sheila perlukan duit, dia terpaksa bersabar. Sementara pemandu peribadi Hisham, Calvin juga tertarik dengan kecantikkan Sheila.Setelah pulang dari kampung, Rogayah terkejut apabila dia mendapat tahuSheila tidak pandai masak dan mengemas rumah. Dia tidak boleh membuat apa-apa kerana mereka terpaksa menunggu beberapa bulan untuk mendapat pembantu rumah. Rogayah terpaksa mengajar Sheila bagaimana menguruskan rumahnya.
Lama kelamaan Sheila dapat menyesuaikan diri dengan keluarga Hisham walau pun terpaksa menghadapi kerenah anak-anak Hisham iaitu Amelia dan juga Aqil yang nakal. Sementara itu Hisham yang kematian isteri itu selalu dipaksa oleh Rogayah supaya segera berkahwin lagi kerana telah lama menduda. Namun Hisham selalu memberi alasan yang dia belum bertemu lagi jodoh yang sesuai.
Walau pun anak-anak Hisham pada mulanya tidak dapat menerima akan kehadiran pembantu rumah yang baru, tetapi dengan kesabaran dan juga kebaikan yang dimiliki oleh Sheila lama kelamaan Amelia dan Aqil merasa selesa dengan kehadiran Sheila kerana cara dia menasihat dan menekankan disiplin kepada mereka Sementara itu Hisham pula sedikit demi sedikit ada menaruh hati terhadap pembantu rumahnya, Shiela. Namun bagaimanakah kesudahannya? Saksikan 13 episod drama bersiri Bibik ini hanya di TV1.