Sunday, November 29, 2009

Wednesday, November 25, 2009

Wednesday, November 18, 2009

Friday, November 13, 2009

Nonny& Akim Bersama Pemenang Dinner Date Contest






Pemenang "Dinner Date Contest" bersama Nonny & akim telah di ketahui pada 5hb lalu. Seperti mana yang telah dirancangkan pemenang telah berpeluang untuk makan malam dan berkaraoke bersama kedua2 artis ini di Pavillion, KL.Tahniah kepada pemenang yang berjaya pada kali ini.

Credit : Gambar2 web astro Kau & Aku

Monday, November 9, 2009

Thursday, November 5, 2009

Nonny@ERA 5Nov 6-7pm





Demam Kau dan Aku sudah bermula. Masing-masing sibuk memperkatakan tentang kehangatan dan kehebatan drama muzikal tersebut. Seiring dengan itu, Radio Era Rentak Muzik Terkini turut mengambil peluang untuk menjemput bintang-bintang Kau dan Aku sebagai tetamu jemputan mereka.

Bintang-bintang Kau dan Aku ini akan muncul dalam Slot 4 Petang Era setiap Khamis bermula jam 6.00 hingga 7.00 petang. Program tersebut akan dikendalikan oleh Adi dan Burn bermula pada 5 November ini dan berakhir pada 26 November 2009.Akim dan Nonny adalah pasangan pertama yang akan menemani anda di Radio Era Khamis ini dan akan diikuti oleh Zoey dan Cici, Mila dan Ika Nabila dan pasangan yang terakhir adalah Aril dan Amar.

Selain menjawab panggilan daripada pendengar-pendengar dan peminat-peminat Drama Kau & Aku, satu pertandingan akan turut diselitkan di dalam slot tersebut. Pertandingan tersebut dinamakan Dinner Date Contest yang memberi ganjaran kepada pemenang untuk bertemujanji dengan bintang-bintang kesayangan mereka.

Untuk memenangi pertandingan tersebut pemanggil dikehendaki menjawab dua soalan mudah yang akan diajukan oleh bintang-bintang Kau dan Aku yang hadir pada hari tersebut. Jadi jangan lepaskan peluang untuk beramah-mesra dengan Akim dan Nonny Khamis ini pada jam 6.00 petang dan rebutlah peluang menjadi pemenang Dinner Date Contest.


credit : offcial Web Kau & Aku
http://www.astro.com.my/kaudanaku/terkini.asp?an=315&bid=3735