Friday, October 3, 2008

Setahun penuh makna..Noni@ Berita Harian 3hb Oct


Setahun penuh makna
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff & Farihad Shalla Mahmud

Kru produksi Astro Oasis sentiasa berusaha sajikan program kerohanian terbaik untuk seisi keluarga BIARPUN baru berusia setahun jagung, saluran Astro Oasis nyata cepat membuka mata penonton. Kelainan pengisiannya memberikan kelebihan kepada saluran ini untuk menarik perhatian penonton yang dahagakan rancangan bercorak keagamaan dan kemanusiaan, selain hiburan. Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah sendiri pernah memberitahu, jumlah tontonan saluran berkenaan meningkat dengan cepat, terutama pada Ramadan. Insan paling gembira dengan perkembangan sihat itu pula tentulah Pengurus Saluran terbabit, Izelan Basar, yang tidak putus-putus memuji pasukan produksi saluran itu yang sentiasa berusaha menghidangkan program terbaik buat penonton


Pada Aidilfitri ini, tradisi pengisian rancangan berbentuk kerohanian diteruskan saluran berkenaan. Kata Izelan, sesuai dengan golongan sasar saluran itu, program raya yang disenaraikan juga lebih berupa siaran langsung sembahyang raya dari Makkah, takbir, marhaban dan konsert keagamaan. "Kami juga akan menyiarkan drama khas sempena Aidilfitri, di samping rancangan Tazkirah Bersama Dr Fadzilah Kamsah," ujar Izelan yang mengakui, sebagai saluran Islam, Oasis perlu memperbanyakkan siaran azan, sembahyang dan bacaan al-Quran. Menyentuh sambutan hari rayanya, Izelan berkata, biasanya dia akan memastikan segala kerja di Oasis selesai terlebih dulu, sebelum dia sekeluarga pulang beraya di kampung isteri, Parit Sakai, Muar, Johor.
"Rasanya raya tahun ini lebih bermakna kerana Oasis genap berusia setahun," katanya ketika menjayakan sesi fotografi raya ala padang pasir personaliti Oasis termasuk Akil Hayy, Nonny Nadirah Zainuddin atau Noni, Shafnie Zainudin dan Mohd Kushairi Che Ismail di Balai berita, baru-baru ini.

Jenguk keluarga di Sabah SEORANG lagi artis yang menjayakan program Cafe Akhil Hayy, Noni, pulang ke Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah, 26 September lalu untuk beraya bersama keluarganya. Kata remaja berusia 19 tahun dari program Akademi Fantasia musim kelima itu, dia cukup teruja untuk pulang beraya kerana sudah lama tidak dapat menjenguk famili di Sabah. "Famili saya agak besar, jadi banyaklah juga saya keluarkan belanja untuk membelikan baju dan selendang sebagai tanda mata buat ibu dan ibu saudara. Namun, belanja tahun lalu sebenarnya lebih besar. Iyalah, ketika itu saya beraya buat kali pertama sebagai artis. Lagipun, kita digalakkan berjimat pada ketika ekonomi kurang memberangsangkan sekarang," katanya yang berhajat untuk bercuti selama seminggu atau dua sempena Aidilfitri tahun ini.

Profil Personaliti Oasis:

Noni Nama: Nonny Nadirah Zainuddin Tarikh Lahir: 21 Julai 1989 Tempat Lahir: Kota Kinabalu, Sabah Hobi: Mengumpul kipas kecil & melipat kertas bintang Kerjaya: Penyanyi, pelakon Program di Oasis: Cafe Akhil Hayy

4 comments:

Anonymous said...

Cayalah noni..

Anonymous said...

Gud luck & take care

Hudd Pique Lovato said...

Selamat Pulan ke kampung halaman...

emeynoraship said...

la setempat la kita.