Saturday, May 1, 2010

Sudah 3 tahun Nonny Tunggu Pesona


Kuala Lumpur, 17 April 2010: Bertempat di Studio Café Wangsa Maju, pada hari Khamis lalu, penantian Nonny Nadirah, 20, selama tiga tahun akhirnya menjadi kenyataan. Single pertama bintang Akademi Fantasia musim yang kelima ini telah dilancarkan dan diperdengarkan kepada pihak media serta sekumpulan peminat setianya yang turut hadir. "Nonny rasa sungguh bertuah kerana setelah sekian lama, cita-cita Nonny untuk menyampaikan lagu sendiri bukan lagi satu mimpi. "Sejak keluar dari AF lagi Nonny memang mengharapkan ada buah tangan untuk Nonny hadiahkan kepada peminat yang tidak pernah jemu menyokong perjalanan karier Nonny, tetapi penantian itu tidak kesampaian hinggalah sekarang," jelas Nonny penuh bermakna. Kehadiran single sulungnya bertajuk ’Pesona’ menyuntik semangat baru untuk Nonny yang sebelum ini lebih banyak menumpukan perhatian di bidang lakonan. Menurut beliau lagi, menunggu begini lama memang menyeksakan tetapi beliau turut mempergunakan masa yang ada untuk memperbaiki nyanyian dengan mengikuti kelas nyanyian. Jelas beliau lagi, nasibnya juga agak baik kerana masih ramai yang mempercayai keupayaan beliau dalam bidang nyanyian apabila dia banyak menerima permintaan untuk membuat persembahan terutamanya di Sabah & Semenanjung juga "Pihak Astro juga memberikan kepercayaan kepada Nonny untuk terlibat sama dalam persembahan Gempak Selebriti Astro dan juga Gempak Desa Astro. Dari situ juga Nonny dapat mengutip pengalaman membuat persembahan di hadapan penonton," katanya. Terbukti persembahan beliau sungguh mantap apabila menyampaikan single terbarunya secara ’live’ di hadapan pihak media pada petang itu. Lagu ’Pesona’ berentak pop moden ini adalah hasil ciptaan Damian dan liriknya pula ditulis oleh Lew Mable. Ditemui portal Murai.com.my selepas selesai majlis pra-dengar single sulungnya itu, Nonny juga mengakui sangat gembira kerana perjalanan kariernya sejak enam bulan yang lalu lebih terurus apabila dia kini berada di bawah naungan F-tersix Records. "Nonny rasa perjalanan seni Nonny lebih terancang dengan adanya pihak pengurusan. Selepas syarikat pengurusan lama ditutup, Nonny lebih banyak bergerak secara sendiri dengan bantuan beberapa orang peminat yang juga merupakan kakak angkat Nonny di Kuala Lumpur," jelas penyanyi yang berasal dari Sabah ini. Beliau juga berharap agar tahun ini menjadi tahun permulaan yang lebih baik untuk kariernya di bidang seni. Ditanya mengenai perkembangan terbaru selain daripada single beliau, menurut Nonny lagi, dia telah mendapat tawaran untuk berlakon di dalam sebuah filem seram. "Ini merupakan filem pertama lakonan Nonny dan InsyaAllah jika tidak ada aral melintang, penggambarannya akan dimulakan pada bulan Mei nanti," jelas Nonny mengakhiri perbualan.
sumber : murai.com

2 comments:

Wan Mohd Zamir said...

gudluck in ur career..

follow laa ye..tq :)

http://zackemir.blogspot.com/

sayakayrulez said...

alhamdulilah kak!
keep it up..if free follow adik nye blog k