MENGGUNAKAN platform Akademi Fantasia (AF) yang mengetengahkan bakat seni, ramai bekas pelajarnya mula tampil menggunakan nama sebenar untuk terus melangkah lebih jauh dalam karier seni.
NONNY...bakal tampil dalam single Persona.
Sekadar memberikan beberapa contoh, nama seperti Atie, Nana, Azza, Farah Anuar, Mawi dan Mila Jirin masing-masing lebih selesa menggunakan nama sebenar untuk lebih dikenali. Tidak terkecuali bagi artis serba boleh, Nonny Nadirah Zainuddin, 21, atau Nonny. Sebelumnya, gadis cantik ini dikenali dengan nama Noni serta tersenarai antara kelompok bekas pelajar AF musim kelima.
Mungkin dengan penggunaan nama sebenar tidak ada lagi batasan dan peminat akan lebih mengenali seseorang artis itu sendiri. Biarpun sasaran untuk mara ke peringkat lebih jauh menerusi program itu tidak kesampaian, namun Nonny tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk membabitkan diri dalam dunia seni. Berbanding nyanyian anak gadis kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini lebih banyak menerima tawaran lakonan. Sejak lebih dua tahun bergelar anak seni, Nonny tampil dalam beberapa siri telemovie dan drama televisyen antaranya Pria, Papaku Rock, Cafe Akhil Hayy dan drama bersiri, Kau & Aku. Walaupun minat tetap dalam bidang seni suara namun Nonny sentiasa memanfaatkan peluang yang dihulurkan kepadanya untuk tampil dalam pentas lakonan.
"Mungkin rezeki saya pada bidang lakonan. Begitupun saya tetap menganggap diri ini masih baru dalam industri. Tidak dinafikan memang saya minat menyanyi cuma rezeki untuk mengembangkan bakat dalam bidang nyanyian belum ada. "Selepas keluar dari AF, tawaran dalam lakonan lebih banyak berbanding nyanyian. Ketika itu pula saya belum mempunyai lagu sendiri. "Jadi sementara orang mahukan khidmat saya menerusi lakonan, saya berasakan tidak perlu menoleh ke belakang lagi dan menyambar peluang yang ada. "Pada saya peluang yang diberikan harus dimanfaatkan sepenuhnya. "Sebagai anak seni, tiada salah jika saya cuba terbabit dalam lakonan. Mungkin rezeki lebih berpihak dalam lakonan. Saya percaya untuk mendapat kejayaan kadangkala kita perlu melakukan pengorbanan. "Secara tidak langsung penampilan menerusi lakonan dapat membantu mempromosikan kehadiran saya dalam dunia seni. Banyak perkara yang saya pelajari ketika terbabit dalam lakonan," katanya.
Berkat kesabaran dan usaha gigih, Nonny akhirnya berjaya menyiapkan single pertamanya dengan judul, Pesona ciptaan Damien VE. Lagu berkenaan sudah menjalani proses rakaman dan kini dalam proses diedarkan ke beberapa stesen radio tempatan.
Selepas Maestro, Nonny menyertai syarikat Ftersix hujung tahun lalu untuk memastikan kerjaya seninya terus berkembang.
Menurut anak kelima daripada tujuh beradik ini, ikatan bersama Maestro terlerai sejak dua tahun lalu menyebabkan dia mula berusaha dan terpaksa berdikari untuk menguruskan karier seni sendiri. Begitupun sebagai artis dia berasakan betapa perlunya pihak pengurusan yang teratur, sekali gus membuatkannya bersetuju menyertai syarikat pengurusan Ftersix.
"Sebelum ini ketika menguruskan aktiviti seni secara sendiri pelbagai perkara yang terpaksa saya lalui. "Saya sedar masih cetek pengetahuan dalam banyak aspek. "Justeru, dengan adanya bantuan dalam aspek pengurusan daripada Ftersix saya harap dapat memantapkan karier seni," kata Nonny yang melakonkan watak Lisa dalam drama bersiri Kau & Aku yang disiarkan setiap Sabtu jam 10 malam di Astro Ria.
Mengenai lakonannya menerusi siri itu yang turut membariskan beberapa bintang AF, Nonny berkata lakonannya sebagai gadis mementing yang diri sendiri dan bongkak berbeza daripada karakter dalam kehidupan sebenar.
Dalam drama yang menjalani penggambaran selama lebih dua bulan di Jakarta itu, semua pelakon yang terbabit bagaikan adik-beradik dan cukup rapat antara satu sama lain.
Berkongsi pengalaman ketika menjalani penggambaran di negara seberang itu, Nonny menyifatkan ia pengalaman manis yang sukar dilupakan. Paling meninggalkan kesan ketika melalui pengalaman bagaimana gempa bumi turut dirasai mereka yang terbabit dalam penggambaran berkenaan.
"Memang banyak pengalaman pahit dan manis dilalui ketika menjalani penggambaran di Indonesia tahun lalu. "Salah satunya dapat melihat bagaimana budaya dan cara mereka berkerja. Masalah komunikasi tetap ada namun ia tidak begitu ketara. "Ketika gegaran gempa bumi yang pertama, sebahagian kami sudah merasainya. Begitupun, nasib baik ia tidak membabitkan lokasi kami menjalani penggambaran," katanya.
Mengenai perancangan 2010, Nonny mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang nyanyian.
"Saya mahu cuba sesuatu yang baru. Saya harap dapat meninggalkan impak dalam nyanyian selepas tampil dengan lagu single dengan konsep R&B. "Memang saya meminati lagu dengan konsep R&B. Begitupun sebagai penyanyi saya sedar tidak boleh terlalu mengikut kehendak diri sendiri. "Sebaliknya perlu mengambil kira kesesuaian dan penerimaan terhadap lagu berkenaan. "Sebagai permulaan saya cuba menampilkan lagu yang berbentuk 'catchy' dan mesra pendengar. Saya harap dengan lagu berkenaan dapat diterima peminat muzik tanah air," katanya.
Nonny juga tidak terkecuali daripada usik kenalan dan rakan yang menyifatkan kecantikan menyebabkan dia masih bertahan dalam dunia seni. Begitupun bagi Nonny bakat dan kecantikan datang seiring kerana tanpa kedua-duanya seseorang itu belum tentu dapat berjaya dalam karier seni yang diceburi.
"Kalau bersandar kepada rupa saja hendak buat apa. Bakat juga penting tanpanya seseorang yang membabitkan diri dalam dunia seni tidak mampu ke mana. "Bakat juga boleh diasah dari semasa ke semasa, terpulang kepada seseorang itu untuk memanfaatkan peluang yang diperoleh mereka," kata Nonny yang turut menyimpan impian beraksi di layar perak.
PROFILNAMA PENUH: Nonny Nadirah ZainuddinNAMA KOMERSIAL: Nonny
TARIKH LAHIR: 21 Julai 1989
TEMPAT LAHIR: Kota Kinabalu, Sabah
ADIK-BERADIK: Anak kelima daripada tujuh beradik
PENCAPAIAN: 12 finalis Akademi Fantasia 5
KARIER: Pelakon dan penyanyi
DRAMA: Pria, Gaia Papaku Rock, Cafe Akhil Hayy, Band Orang Buta, Aduhai Jiranku, Kau & Aku

Credit : Harian Metro
No comments:
Post a Comment